APA ITU DIABETIS / KENCING MANIS?
Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris =
diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan
keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah),
terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya. Secara
umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:
Diabetes jenis pertama (I)
juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin
Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I
dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit
semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan
insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari
luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
Diabetes jenis kedua (II)
boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu
badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan.
Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin
dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan,
pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara
makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu
sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi
kesan samping serius kepada pesakit).
Kira-kira 8.3% dari orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, dan
kebanyakannya diabetes type 2. Diabetes jenis ini dikatakan bersifat
keturunan, yakni bila ibu bapa ada menghidap diabetes, anak-anaknya
mempunyai risiko sehingga 80% untuk turut menghidapnya. Namun kajian
terbaru menunjukkan bahawa tabiat memberi makan terlalu awal kepada bayi
mendedahkan mereka kepada diabetes type 2 bila dewasa nanti.
Kencing manis berlaku apabila kelenjar pankreas sentiasa menggunakan
insulin dan kadangkala melebihi paras normal. Pada masa sama badan tidak
dapat menggunakan insulin ini, menjadikan pesakit dalam keadaan tidak
cukup insulin.
Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah.
Apabila kita makan atau minum, kandungan gula dalam makanan atau minuman
itu meransang kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin.
Insulin ‘membenarkan’ gula yang dipecahkan dalam bentuk ringkas dalam darah berpindah ke sel bagi membolehkan sel berfungsi.
Bagaimanapun, sekiranya proses pemindahan tidak berlaku (akibat
kekurangan insulin), darah akan mempunyai gula yang berlebihan. Maka
dengan itu akan berlakulah kencing manis.