Tuesday, April 8, 2014

APA ITU DIABETIS / KENCING MANIS?


diabetis 02

APA ITU DIABETIS / KENCING MANIS?

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan pada penghidapnya.  Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:

Diabetes jenis pertama (I)

juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – ‘Insulin Dependent Diabetes Mellitus’) atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetes jenis kedua (II)

boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
diabetis 03
Kira-kira 8.3% dari orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, dan kebanyakannya diabetes type 2. Diabetes jenis ini dikatakan bersifat keturunan, yakni bila ibu bapa ada menghidap diabetes, anak-anaknya mempunyai risiko sehingga 80% untuk turut menghidapnya.  Namun kajian terbaru menunjukkan bahawa tabiat memberi makan terlalu awal kepada bayi mendedahkan mereka kepada diabetes type 2 bila dewasa nanti.
Kencing manis berlaku apabila kelenjar pankreas sentiasa menggunakan insulin dan kadangkala melebihi paras normal. Pada masa sama badan tidak dapat menggunakan insulin ini, menjadikan pesakit dalam keadaan tidak cukup insulin.
diabetis
Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah. Apabila kita makan atau minum, kandungan gula dalam makanan atau minuman itu meransang kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin.
Insulin ‘membenarkan’ gula yang dipecahkan dalam bentuk ringkas dalam darah berpindah ke sel bagi membolehkan sel berfungsi.
Bagaimanapun, sekiranya proses pemindahan tidak berlaku (akibat kekurangan insulin), darah akan mempunyai gula yang berlebihan. Maka dengan itu akan berlakulah kencing manis.

No comments:

Post a Comment