Oleh: Siti Nur Ashikin Mat Zuki
Buah Tunjuk Langit atau nama saintifiknya Swietenia
macrophylla terkenal di Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana rupanya yang
unik dan pokok ini ditanam hampir sepanjang jalan di kawasan UUM. Pokok Buah
Tunjuk Langit adalah sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh meliar ataupun
ditanam di kawasan tropika dan terdapat dalam pelbagai jenis.
Buah Tunjuk Langit mendapat nama saintifiknya kerana
Swietenia merupakan pokok genus dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus pula
dinamakan sempena nama seorang doktor Austria, iaitu Belanda Gerard Van Swieten
pada 1700-1772. Seterusnya, negara Asia telah diperkenalkan dengan buah ini
sebagai tanda gentian sumber kayu.
Mengikut salah seorang pensyarah di UUM, En. Nik Mohd
Baidzani Haddad Ibrahim, buah ini sukar untuk diperoleh dan harga buah ini
boleh mencecah RM30 hingga RM40 sebiji.
“Buah Tunjuk Langgit dikatakan unik kerana buahnya seakan
tergantung terbalik diatas pokok dan kedudukan buah tersebut sangat tinggi.
Disebalik keunikan rupa buah ini mampu mengubati pelbagai penyakit tanpa kita
sedar”, kata En. Nik Mohd Baidzani Haddad Ibrahim lagi.
Kajian Bioteknologi telah dilakukan terhadap Buah Tunjuk
Langit untuk mengenalpasti kelebihan dan kebaikan yang ada pada buah ini untuk
dijadikan ubat. Ternyata buah ini menjadi tumpuan dan perhatian di mata dunia
setelah mengetahui tentang khasiat dalam mengubat pelbagai jenis penyakit.
Khasiat Buah Tunjuk Langit
Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa khasiat
Buah Tunjuk Langit datangnya daripada bijinya yang mengandungi banyak khasiat
semulajadi yang boleh dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana khasiatnya
dapat meningkatkan sistem pengedaran darah dalam tubuh manusia.
Selain itu, buah ini mempunyai keistimewaan yang sukar
diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi
kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama, iaitu Flavonoids, Saponins dan
Bitter Alkaloid. Hal ini demikian kerana, buah ini mempunyai kandungan
tertinggi, iaitu Bitter Alkaloid, Flavonoids dan Saponins.
Khasiat yang terdapat pada Buah Tunjuk Langit mampu
mengatasi masalah sakit dan lemah jantung, migraine, melancarkan perjalanan
darah, kencing manis, darah tinggi, kuruskan badan, menurunkan paras kolestrol,
gout, sakit sendi, melambatkan pembekuan darah, dan meningkatkan kecergasan
badan.
Peredaran darah akan lancer jika seseorang makan biji dan
pati sari Buah Tunjuk Langit kerana buah ini dijual sebagai penawar semulajadi.
Tambahan lagi, daun dan batang pokok Buah Tunjuk Langit berbeza kerana proses
pertumbuhannya mengikut jumlah kandungan pencemaran yang diterima oleh pokok.
Apabila kita lihat pada tumbuhan ini, kita dapat lihat
bahawa warna coklat yang terdapat pada pokok dan buah ini pekat yang
melambangkan bahawa kawasan pencemaran yang teruk dengan kandungan bahan racun
yang tinggi dalam kualiti udara di kawasan persekitaran pokok tersebut.
Selain daripada itu, terdapat juga kelainan pada pokok dan
Buah Tunjuk Langit, anataranya bercirikan dinamik kerana ia tumbuh secara tirus
ke atas dan daunnya kurang gugur. Apabila pokok ini capai pada tahap
kematangannya, batangnya akan melebar dan seterusnya akan merekah.
Cara Makan
Pelbagai cara untuk makan Buah Tunjuk Langit mengikut jenis
penyakit yang dihadapi dan cara makannya juga perlulah mengikut kuantiti yang
betul. Pada asalnya buah ini di makan begitu sahaja dengan cara ambil sekeping
Buah Tunjuk Langit dan dikunyah hingga lumat dan ditelan dengan rasa pahit
tetapi hasilnya pasti memuaskan.
Pada masa kini, Buah Tunjuk Langit telah dijadikan bahan
kajian dan dijadikan produk kesihatan untuk proses memudahkan untuk masyarakat
mendapatkan khasiat buah ini. Penggunaan Buah Tunjuk Langit yang dikeluarkan
oleh sesebuah organisasi jualan tempatan sebagai ubatan juga telah diluluskan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
SUMBER DIPETIK DARI : http://corporatewriting21.wixsite.com/identiti21/buah-tunjuk-langit-pengubat-penyakit