Saturday, September 9, 2017

Buah Tunjuk Langit Pengubat Pelbagai Penyakit



Oleh: Siti Nur Ashikin Mat Zuki

BUAH TUNJUK LANGIT

Buah Tunjuk Langit atau nama saintifiknya Swietenia macrophylla terkenal di Universiti Utara Malaysia (UUM) kerana rupanya yang unik dan pokok ini ditanam hampir sepanjang jalan di kawasan UUM. Pokok Buah Tunjuk Langit adalah sejenis tumbuhan tropika yang tumbuh meliar ataupun ditanam di kawasan tropika dan terdapat dalam pelbagai jenis.
Buah Tunjuk Langit mendapat nama saintifiknya kerana Swietenia merupakan pokok genus dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus pula dinamakan sempena nama seorang doktor Austria, iaitu Belanda Gerard Van Swieten pada 1700-1772. Seterusnya, negara Asia telah diperkenalkan dengan buah ini sebagai tanda gentian sumber kayu.
Mengikut salah seorang pensyarah di UUM, En. Nik Mohd Baidzani Haddad Ibrahim, buah ini sukar untuk diperoleh dan harga buah ini boleh mencecah RM30 hingga RM40 sebiji.
 
“Buah Tunjuk Langgit dikatakan unik kerana buahnya seakan tergantung terbalik diatas pokok dan kedudukan buah tersebut sangat tinggi. Disebalik keunikan rupa buah ini mampu mengubati pelbagai penyakit tanpa kita sedar”, kata En. Nik Mohd Baidzani Haddad Ibrahim lagi.
Kajian Bioteknologi telah dilakukan terhadap Buah Tunjuk Langit untuk mengenalpasti kelebihan dan kebaikan yang ada pada buah ini untuk dijadikan ubat. Ternyata buah ini menjadi tumpuan dan perhatian di mata dunia setelah mengetahui tentang khasiat dalam mengubat pelbagai jenis penyakit.

Khasiat Buah Tunjuk Langit
Pakar-pakar saintis bioteknologi berpendapat bahawa khasiat Buah Tunjuk Langit datangnya daripada bijinya yang mengandungi banyak khasiat semulajadi yang boleh dijadikan sebagai makanan kesihatan kerana khasiatnya dapat meningkatkan sistem pengedaran darah dalam tubuh manusia.
Selain itu, buah ini mempunyai keistimewaan yang sukar diperolehi dari mana-mana tumbuhan herba di seluruh dunia. Ia mengandungi kandungan tertinggi tiga komposit aktif utama, iaitu Flavonoids, Saponins dan Bitter Alkaloid. Hal ini demikian kerana, buah ini mempunyai kandungan tertinggi, iaitu Bitter Alkaloid, Flavonoids dan Saponins.
Khasiat yang terdapat pada Buah Tunjuk Langit mampu mengatasi masalah sakit dan lemah jantung, migraine, melancarkan perjalanan darah, kencing manis, darah tinggi, kuruskan badan, menurunkan paras kolestrol, gout, sakit sendi, melambatkan pembekuan darah, dan meningkatkan kecergasan badan.
Peredaran darah akan lancer jika seseorang makan biji dan pati sari Buah Tunjuk Langit kerana buah ini dijual sebagai penawar semulajadi. Tambahan lagi, daun dan batang pokok Buah Tunjuk Langit berbeza kerana proses pertumbuhannya mengikut jumlah kandungan pencemaran yang diterima oleh pokok.

Apabila kita lihat pada tumbuhan ini, kita dapat lihat bahawa warna coklat yang terdapat pada pokok dan buah ini pekat yang melambangkan bahawa kawasan pencemaran yang teruk dengan kandungan bahan racun yang tinggi dalam kualiti udara di kawasan persekitaran pokok tersebut.
Selain daripada itu, terdapat juga kelainan pada pokok dan Buah Tunjuk Langit, anataranya bercirikan dinamik kerana ia tumbuh secara tirus ke atas dan daunnya kurang gugur. Apabila pokok ini capai pada tahap kematangannya, batangnya akan melebar dan seterusnya akan merekah. 
Cara Makan
Pelbagai cara untuk makan Buah Tunjuk Langit mengikut jenis penyakit yang dihadapi dan cara makannya juga perlulah mengikut kuantiti yang betul. Pada asalnya buah ini di makan begitu sahaja dengan cara ambil sekeping Buah Tunjuk Langit dan dikunyah hingga lumat dan ditelan dengan rasa pahit tetapi hasilnya pasti memuaskan.
Pada masa kini, Buah Tunjuk Langit telah dijadikan bahan kajian dan dijadikan produk kesihatan untuk proses memudahkan untuk masyarakat mendapatkan khasiat buah ini. Penggunaan Buah Tunjuk Langit yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi jualan tempatan sebagai ubatan juga telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

SUMBER DIPETIK DARI : http://corporatewriting21.wixsite.com/identiti21/buah-tunjuk-langit-pengubat-penyakit

No comments:

Post a Comment